msen

 

PORTAL  rasmi  POLITEKNIK  KUALA TERENGGANU

  • Utama
  • Korporat
    • Latar Belakang
    • Visi dan Misi
    • Perutusan Pengarah
    • Carta Organisasi
    • Piagam Pelanggan
    • Dasar Kualiti
    • Objektif Kualiti
    • Soalan Lazim (FAQ)
    • Peta Laman
  • JABATAN & UNIT
    • Jabatan Akademik
      • Jabatan Kejuruteraan Elektrik
      • Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
      • Jabatan Matematik, Sains & Komputer
      • Jabatan Pengajian Am
      • Unit Peperiksaan
      • Jabatan Sukan, Kebudayaan & Kokurikulum
      • Unit Perhubungan & Latihan Industri
      • COT
    • Sokongan Akademik
      • Unit Pengurusan Psikologi
      • Unit Perpustakaan
      • Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan
      • Unit Sistem Maklumat
      • Unit Kewangan
      • Unit Keusahawanan
  • Interaktif
    • Muat Turun
    • Takwim PKT
    • EKSA PKT
    • Outcome-Based Education (OBE)
    • LEAN PKT
    • Liputan Media PKT 2024
    • SMART GREEN
  • Hubungi Kami
    • Alamat dan Lokasi
    • Direktori Staf
  • E-Aduan
  • Utama
  • Korporat
    • Latar Belakang
    • Visi dan Misi
    • Perutusan Pengarah
    • Carta Organisasi
    • Piagam Pelanggan
    • Dasar Kualiti
    • Objektif Kualiti
    • Soalan Lazim (FAQ)
    • Peta Laman
  • JABATAN & UNIT
    • Jabatan Akademik
      • Jabatan Kejuruteraan Elektrik
      • Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
      • Jabatan Matematik, Sains & Komputer
      • Jabatan Pengajian Am
      • Unit Peperiksaan
      • Jabatan Sukan, Kebudayaan & Kokurikulum
      • Unit Perhubungan & Latihan Industri
      • COT
    • Sokongan Akademik
      • Unit Pengurusan Psikologi
      • Unit Perpustakaan
      • Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan
      • Unit Sistem Maklumat
      • Unit Kewangan
      • Unit Keusahawanan
  • Interaktif
    • Muat Turun
    • Takwim PKT
    • EKSA PKT
    • Outcome-Based Education (OBE)
    • LEAN PKT
    • Liputan Media PKT 2024
    • SMART GREEN
  • Hubungi Kami
    • Alamat dan Lokasi
    • Direktori Staf
  • E-Aduan

Jabatan Pengajian Am

  • Pengenalan
  • Carta Organisasi
  • Visi & Misi
  • Objektif
  • Aktiviti & Program
  • Pencapaian
  • Pengenalan
  • Carta Organisasi
  • Visi & Misi
  • Objektif
  • Aktiviti & Program
  • Pencapaian

Pengenalan

Jabatan Pengajian Am atau JPA terdiri dari dua unit iaitu Unit Bahasa yang yang menawarkan Bahasa Inggeris, dan Unit Pendidikan Islam dan Moral yang berperanan menawarkan kursus-kursus seperti Pendidikan Islam, Penghayatan Etika dan Peradaban, Sains Teknologi dan Kejuruteraan Dalam Islam, Nilai Masyarakat Malaysia, Bahasa Kebangsaan dan Pendidikan Moral. Kursus-kursus yang ditawarkan untuk semua pelajar di setiap jabatan induk oleh Unit Bahasa berperanan besar dalam membekalkan para pelajar dengan ilmu komunikasi global yang begitu diperlukan bagi menghadapi cabaran alam pekerjaan yang semakin mencabar. Manakala kursus-kursus yang ditawarkan oleh Unit Pendidikan Islam dan Moral pula mengasuh para pelajar dengan penghayatan ajaran agama, nilai-nilai moral sejagat serta menanam kesedaran untuk mengembalikan kegemilangan ketamadunan silam yang semakin pudar ditelan zaman.


Melahirkan modal insan yang seimbang dari segenap sudut kehidupan menjadi objektif utama Jabatan Pengajian Am (JPA) Politeknik Kuala Terengganu. Biarpun memegang amanah sebagai sebuah jabatan sokongan, Jabatan Pengajian Am tidak pernah leka dan alpa dalam melahirkan pelajar-pelajar berwibawa yang cemerlang bukan sahaja dari sudut kemahiran bahasa, kami juga memastikan produk yang lahir adalah pelajar-pelajar yang tinggi sahsiah, kukuh rohani dan mantap akidahnya untuk menempuh kehidupan luar yang tidak dapat dibendung kebebasannya.

Carta Organisasi

 

Visi & Misi

VISI
Menjadi jabatan yang cemerlang dalam usaha meningkatkan prestasi akademik dan kerohanian pelajar selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
 
MISI
Membangunkan potensi pelajar melalui Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa, Pendidikan Islam, Pendidikan Moral dan Penghayatan Etika dan Peradaban dan lain-lain secara holistik dan seimbang supaya berkemampuan mempraktikkan pengetahuan sebagai amalan.

Objektif

Kecemerlangan Akademik

  • Berusaha memastikan kadar kelulusan gred B ke atas bagi setiap kursus di bawah Unit Pendidikan Islam tidak kurang daripada 70% setiap semester.
  • Berusaha memastikan kadar kelulusan gred B ke atas bagi setiap kursus di bawah Unit Bahasa Inggeris tidak kurang daripada 30% setiap semester.
  • Berusaha melaksanakan aktiviti peningkatan insaniah dan kemahiran komunikasi kepada pelajar sekurang-kurangnya 2 kali setiap semester.
  • Memastikan mencapai kadar kelulusan bagi semua kursus tidak kurang dari 95% bagi setiap sesi.

 

Kecemerlangan Staf

  • Melaksanakan pencerapan pengajaran dan pembelajaran kepada semua pensyarah di jabatan sekali setahun.
  • Menyediakan kursus kompentensi kepada pensyarah di jabatan sekurang-kurangnya sekali setahun.

 

Aktiviti & Program

 

2023

Bil. Aktiviti/Program Tarikh Sasaran
1

English Enhancement Program (KUDAP)

5 Januari 2023 Staf Akademik
2

English for Fun: Masterchef

15 Januari 2023 Staf Sokongan
3

Mesyuarat Jabatan bersama Pengurusan Tertinggi

12 Januari 2023 Staf JPA
4

Bengkel “Outcome Based Education (Obe) And Curriculum Interpretation”

6 Februari 2023 Staf JPA
5

Kuiz Ramadan di Hati (Atas Talian)

10 April 2023 Semua Staf
6

Kem Jati Diri Pelajar

20 Mei 2023  Pelajar
7 

Program Khidmat Masyarakat Bersama Anak-Anak Yatim Baitul Sakinah

 26 Mei 2023  Staf JPA dan Komuniti
8   

Program Kibar Jalur Gemilang

 6 Ogos 2023  Staf dan Pelajar

 

2022

Bil. Aktiviti/Program Tarikh Sasaran
1

Taklimat Interpretasi Kurikulum JPA

 24 Januari 2022  Staf JPA
 2

Bengkel Pengucapan Awam

 13 - 14 April 2022  Pelajar
3 

Bengkel Integrasi Google Meet dengan OBS Studio

 7 Jun 2022  Staf JPA
4 

Pelancaran Kibarkan Jalur Gemilang  Sempena Hari Kebangsaan ke 65

 14 Ogos 2022  Staf JPA dan Pelajar
5 

Klinik Tajwid (PSH)

 27 Ogos 2022  Komuniti
6 

Pertandingan Tilawah Al Qur’an dan Hafazan Muqaddam

 5 Oktober 2022  Pelajar
7   

Kursus Asas Feqh Faraid

 26 Mei 2023  Komuniti
8 

Kuiz Sayangi PKT (Atas Talian)

 10 Oktober 2022  Semua Staf
9 

Majlis Sambutan Hari Akademia PKT 2022

 13 Oktober 2022  Semua Staf
10 

Kem Pemantapan Sahsiah

 27 Oktober 2022  Pelajar
11 

English Day

 12 November 2022  Pelajar
12 

Teknik Asas Hafazan

 16 November 2022  Komuniti

 

 

Pencapaian

Ke Atas
JSN Medis 2 is designed by JoomlaShine.com | powered by JSN Sun Framework