msen

 

PORTAL  rasmi  POLITEKNIK  KUALA TERENGGANU

  • Utama
  • Korporat
    • Latar Belakang
    • Visi dan Misi
    • Perutusan Pengarah
    • Carta Organisasi
    • Piagam Pelanggan
    • Dasar Kualiti
    • Objektif Kualiti
    • Soalan Lazim (FAQ)
    • Peta Laman
  • JABATAN & UNIT
    • Jabatan Akademik
      • Jabatan Kejuruteraan Elektrik
      • Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
      • Jabatan Matematik, Sains & Komputer
      • Jabatan Pengajian Am
      • Unit Peperiksaan
      • Jabatan Sukan, Kebudayaan & Kokurikulum
      • Unit Perhubungan & Latihan Industri
      • COT
    • Sokongan Akademik
      • Unit Pengurusan Psikologi
      • Unit Perpustakaan
      • Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan
      • Unit Sistem Maklumat
      • Unit Kewangan
      • Unit Keusahawanan
  • Interaktif
    • Muat Turun
    • Takwim PKT
    • EKSA PKT
    • Outcome-Based Education (OBE)
    • LEAN PKT
    • Liputan Media PKT 2024
    • SMART GREEN
  • Hubungi Kami
    • Alamat dan Lokasi
    • Direktori Staf
  • E-Aduan
  • Utama
  • Korporat
    • Latar Belakang
    • Visi dan Misi
    • Perutusan Pengarah
    • Carta Organisasi
    • Piagam Pelanggan
    • Dasar Kualiti
    • Objektif Kualiti
    • Soalan Lazim (FAQ)
    • Peta Laman
  • JABATAN & UNIT
    • Jabatan Akademik
      • Jabatan Kejuruteraan Elektrik
      • Jabatan Teknologi Maklumat & Komunikasi
      • Jabatan Matematik, Sains & Komputer
      • Jabatan Pengajian Am
      • Unit Peperiksaan
      • Jabatan Sukan, Kebudayaan & Kokurikulum
      • Unit Perhubungan & Latihan Industri
      • COT
    • Sokongan Akademik
      • Unit Pengurusan Psikologi
      • Unit Perpustakaan
      • Unit Latihan dan Pendidikan Lanjutan
      • Unit Sistem Maklumat
      • Unit Kewangan
      • Unit Keusahawanan
  • Interaktif
    • Muat Turun
    • Takwim PKT
    • EKSA PKT
    • Outcome-Based Education (OBE)
    • LEAN PKT
    • Liputan Media PKT 2024
    • SMART GREEN
  • Hubungi Kami
    • Alamat dan Lokasi
    • Direktori Staf
  • E-Aduan

Unit Perpustakaan

  • Pengenalan
  • Carta Organisasi
  • Visi & Misi
  • Objektif
  • Piagam Pelanggan
  • Waktu Perkhidmatan
  • Kemudahan Yang Ditawarkan
  • Pengenalan
  • Carta Organisasi
  • Visi & Misi
  • Objektif
  • Piagam Pelanggan
  • Waktu Perkhidmatan
  • Kemudahan Yang Ditawarkan

Pengenalan

Perpustakaan Politeknik Kuala Terengganu (PKT) telah diwujudkan pada 1 Jan 1999 di bawah konsep Politeknik Kota. Ianya terletak di bahagian blok tengah kampus ini. Perpustakaan ini beroperasi sepenuhnya pada pertengahan tahun 2000. Terdapat pelbagai jenis bahan bacaan dan rujukan berdasarkan bidang pengajian yang ditawarkan di Politeknik Kuala Terengganu. Jenis koleksi yang terdapat adalah dari bahan-bahan teknikal dan akademik serta pembacaan ringan. Di samping kepelbagaian bahan bacaan, perpustakaan ini juga menyediakan pelbagai kemudahan dan perkhidmatan kepada pengguna. Selaras dengan kehendak ini, segala perkhidmatan yang ditawarkan adalah berorientasikan pengguna.
Pada tahun 2014, Perpustakaan PKT mula menggunakan Sistem Pengurusan Perpustakaan ILMU (Integrated Library Management Utility). Sistem ini menyediakan OPAC (Online Public Access Catalog) bagi membantu pengurusan perpustakaan mengumpul, merekod, menyimpan dan membantu pengguna mencari bahan bacaan di perpustakaan dengan lebih cepat dan tepat.

 

Carta Organisasi

  

Visi & Misi

VISI

 Sebagai pemangkin ke arah proses pembelajaran dan pengajaran serta penyelidikan melalui teknologi terkini bagi melahirkan tenaga kerja separa profesional yang berilmu pengetahuan.

 

MISI

 Membangunkan koleksi berkualiti serta memberi perkhidmatan dan kemudahan yang efisyen, sistematik dan mesra pelanggan.

 

Objektif

1. Kecemerlangan Akademik

  • Berusaha memastikan bahan bacaan mengikut bidang atau subjek pengajian yang disenaraikan untuk pembelian tahunan.
  • Berusaha memastikan semua pelajar dan staf berdaftar sebagai ahli perpustakaan.

 

2. Kecemerlangan Staf

  • Memastikan setiap staf menghadiri program atau menjalani latihan sekurang-kurangnya 5 hari setahun.
  • Memastikan staf menghadiri latihan bidang perpustakaan sekurang-kurangnya 1 kali setahun.

 

3. Kecemerlangan Proses

  • Memastikan semua prosedur dilaksanakan dengan berkesan dan mencapai petunjukn dan prestasi yang ditetapkan.

 

Piagam Pelanggan

  • Memproses permohonam keahlian perpustakaan dalam tempoh 30 minit seorang pada hari bekerja.
  • Memastikan urusan pinjaman bahan perpustakaan diselesaikan dalam tempoh 2 minit bagi setiap pelanggan kecuali waktu sesak.
  • Perkhidmatan rujukan bersedia membantu pengguna untuk mengesan bahan maklumat tidak lebih dari 1 hari.
  • Memberi maklumbalas aduan pelanggan yang lengkap kepada pengadu dalam tempoh 14 hari bekerja.

Waktu Perkhidmatan

 HARI WAKTU OPERASI


 Ahad – Rabu 8.30 Pagi – 4.45 Petang


 Khamis 8.30 Pagi – 3.15 Petang


 TUTUP Jumaat, Sabtu & Cuti Am

Kemudahan Yang Ditawarkan

 

Beberapa kemudahan dan perkhidmatan ditawarkan di PKT sepertimana institusi pendidikan lain dan ia sentiasa ditambah baik bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada seluruh warga PKT.

1. Ruang Bacaan Terbuka
Ruang bacaan terbuka di perpustakaan PKT boleh memuatkan 60 orang pengguna dalam satu-satu masa. Meja bacaan untuk enam dan empat pengguna disediakan. Ruang ini juga digunakan sebagai kelas, aktiviti kempen derma darah, pendaftaran pelajar baru, pusat mengundi perwakilan pelajar PKT dan bengkel untuk literasi maklumat.

2. Terminal Katalog Perpustakaan (OPAC)
Pengguna boleh mengakses bahan perpustakaan melalui Terminal Katalog Perpustakaan (OPAC) yang disediakan. Melalui Terminal Katalog Perpustakaan (OPAC) ini, pengguna boleh membuat carian rekod buku dan status bahan tersebut di perpustakaan atau di luar kampus.

3. Bilik Pencarian Maklumat (IT)
Perpustakaan PKT menyediakan tujuh buah komputer yang boleh digunakan oleh pelajar untuk mengakses internet secara percuma dan di tempatkan di bilik berasingan. Pelajar juga boleh menggunakan komputer ini untuk membuat tugasan kuliah dan mendapatkan bahan e-journal dan e-book yang disediakan oleh Unit Perpustakaan.

4. Program Latihan dan Pembangunan
Program latihan dan pembangunan bagi pelajar dan kakitangan sentiasa dirangka bagi memastikan pengguna mendapat kemahiran terutama di dalam pencarian dan penggunaan maklumat. Antara program latihan yang dilaksanakan di Perpustakaan PKT adalah Bengkel Literasi Maklumat; Bengkel Penggunaan OPAC; Bengkel Pengkelasan dan Pengkatalogan Bahan Bacaan.

5. Pinjaman dan Pemulangan Buku
Pelajar dan kakitangan PKT adalah secara automatiknya menjadi ahli perpustakaan PKT. Kemudahan pinjaman dan pemulangan buku adalah seperti berikut:
 Pelajar dibenarkan sebanyak 4 naskah selama 2 minggu
 Staf dibenarkan sebanyak 8 naskah 4 minggu/secara berkala

6. Loker
Pengguna boleh menyimpan barangan peribadi dan berharga di dalam loker yang disediakan berhampiran pintu masuk perpustakaan. Sebanyak 24 unit loker disediakan.

7. WIFI percuma
Perkhidmatan ini disediakan secara percuma kepada pelajar dan staf PKT.

8. Capaian E-BOOK
Perpustakaan menyediakan perkhidmatan rangkaian e-book yang berkenaan Pengajaran dan Pembelajaran di PKT daripada pensyarah PKT sendiri dan juga lain-lain sumber yang berdaftar.

9. Capaian EQ Bank Soalan Peperiksaan PKT
Perpustakaan menyediakan kompilasi soalan peperiksaan PKT dalam bentuk PDF yang merangkumi semua jabatan akademik mengikut semester dan tahun.

10. Rangkaian Pangkalan Data Portal u-Pustaka Perpustakaan Negara Malaysia
http://www.u-library.gov.my/
Perpustakaan Negara Malaysia telah menyediakan beberapa perkhidmatan elektronik seperti e-book, e-majalah, e-jurnal dan banyak lagi secara percuma dalam menggalakkan penyebaran maklumat dan pengetahuan kepada semua lapisan masyarakat sejajar dengan hasrat untuk membentuk komuniti yang berilmu.

 

Ke Atas
JSN Medis 2 is designed by JoomlaShine.com | powered by JSN Sun Framework